The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan Liga Super ke-24 | Selangor FC lwn Penang FC | 2025/26 | Fokus Menghadapi Harimau Kumbang

May 02, 2026 - FAS

Selangor FC akan menerima kunjungan Penang FC bagi perlawanan ke-24 Liga Super 2025/26 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya dengan sepak mula dijadualkan pada jam 9 malam.

Setakat ini, skuad Gergasi Merah berada di tangga ketiga liga dengan 46 mata, selepas mengharungi 22 perlawanan dengan mencatatkan 14 kemenangan, empat keputusan seri dan empat kekalahan.

Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, pasukan telah membuat persiapan rapi menjelang pertemuan ini dan kekal fokus untuk mencapai sasaran musim ini.

“Selepas perlawanan yang lalu, kita telah mendapatkan rehat yang secukupnya dan telah membuat analisis terperinci terhadap pasukan Penang FC. Daripada situ kita merangka pelan permainan dan melakukannya dalam sesi latihan. Kita juga tidak mempunyai masalah besar dari segi kecederaan atau penggantungan, jadi kita dapat kekal fokus sepenuhnya. Sasaran kita jelas untuk berusaha dapatkan tempat kedua, jadi perlawanan minggu ini sangat penting buat pasukan,” jelas beliau mengenai keadaan semasa pasukan

Dalam masa sama, beliau turut mengakui kekuatan yang dimiliki oleh pasukan lawan, namun tetap optimis dengan kemampuan para pemain Gergasi Merah.

“Penang merupakan pasukan yang kuat, baik secara individu mahupun berpasukan. Mereka mempunyai pemain-pemain berbahaya dan sebagai satu pasukan mereka sangat teratur, bersemangat serta agresif. Kita menghormati mereka sepenuhnya dan menjangkakan perlawanan yang kompetitif. Mereka akan datang untuk menyerang berterusan dan kita juga akan melakukan perkara yang sama. Kami juga tahu, mereka sentiasa berupaya memberi kejutan kepada pasukan-pasukan besar, jadi kita perlu bersedia dan berikan yang terbaik. Saya mengharapkan perlawanan yang menarik untuk para penyokong,” tambah Kim Pan-gon

Dapatkan tiket anda sekarang untuk berjuang bersama-sama pasukan dengan sokongan padu anda. Jumpa di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Gergasi Merah!

Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan berusaha keras mempertahan kubu sendiri demi meraih tiga mata tambahan pada malam ini.

Demi Kebanggaan!